Thursday, August 20, 2009

PUASA

Allah Taala telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambaNya dengan memberikan satu amalan yang digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha busuknyanya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadat puasa. Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah Taala. Ada sebuah hadis dari Rasullah SAW yang bermaksud :

"puasa adalah separuh kesabaran"
Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah
(bimbingan Mukmin)
Allah Berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
Surah Az-Zumar : 10

1 comment: