Wednesday, August 12, 2009

ANAK-ANAK AYAH

Danial (Abang), Sakinah (Kinah), Hanisah (Kinis), Hanapi (Matciput), anak2 ayah yang ayah sayangi. Mungkin pembahagian yang ayah bagi tidak sama rata di mata kalian, pecayalah dimata ayah ianya sama rata. Jangan ambil hati jika terkurang atau telebih. Di hati ayah kalian sama saja. Kini kome dah beso, dah ada anak nanti jangan lupa cuba samarata antara anak2 kome. Ayah tak pandai samaratakan, kome pasti lebih baik daripada ayah kerana telah belajar daripada kesalahan ayah yang tak pandai menyamaratakan kehendak komekalian.

Anak2 ayah yang ayah sayangi,

Hidup di dunia ini sementara sahaja,yang kekal hanya ALLAH sahaja. Oleh itu usahalah Atas beberapa pekara asas yang amat perlu digilap. Pekara ini wahai sayang ku Danial (Abang), Sakinah (Kinah), Hanisah (Kinis), Hanapi (Matciput) :-

Allah bagi kita Kalimah keramat Barang siapa yang ucapkannya dengan Ikhlas pasti surga baginya, jaga lah kalimah ini dan beri lah kepada yang belum dapat lagi. Yang tak dapat kalimah ini kekal dalam neraka selama-lamanya. (minta dijauhkan)

Allah bagi kita seorang yang paling hebat dalam dunia ini sebagai fiselitator kita, perbuatnya keramat, cakapnya keramat, ikut cakapnya dan buat apa yang ia buat mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Kalian akan hebat bila kalian dapat amalkan apa yang ia buat dan kalian bagi tau pada orang lain supaya orang lain juga kenal siapa orang itu dan amalkan apa orang itu lakukan.

Susah payah Nabi SAW naik turun kelangit untuk berjumpa Allah untuk ambil hadiah dari Allah untuk semua manusia termasuk ayah, mama, dan kome semua, ayah, mama dan kome tengok hadiah tu macam bukan hadiah je…… kalau ayah yang bagi hadiah kome tengok macam tu tak pe le…. Ni Allah bagi sayang oiiii, oleh itu mulai ari ni kita ambil hadiah tu baik-baik dan kita gunakan hadiah itu dengan cara yang betul ok....

Ingat lah wahai anak-anak ayah, baiki hubungan kita dengan manusia, biar kita lapar asal orang lain kenyang, biar kita dahaga asalkan orang lain tidak kehausan, biar kita susah asal orang lain senang, biar kita tak gembira asal orang lain gembira….dan….. biar….biar…..biar…….asal…..asal….asal…..percayalah di dalam kepayahan ada nikmatnya.

Anak2 ayah, nak bersih diri? Nak jaga amal? Nak buat baik? Nak tinggal kejahatan? Bagus2….. Zikir dan doa 24 jam, Anak2 ayah…..Tengok semua pekara dan benda ingat kebesaran Allah. Belajar semua doa2 sikit demi sikit. Tengok kecantikan dunia ada doanya, masuk tandas ada doanya…..dan ape-ape pun berdoa lah sayangku. Disini ayah teringin lihat anak2 ayah amalkan doa yang paling senang tapi berterusan. Doa nya ialah selepas Subuh dan selepas Asar baca lah (Tanya ayah bila sayang ayah senang).

Danial (Abang), Sakinah (Kinah), Hanisah (Kinis), Hanapi (Matciput), anak2 ayah yang ayah sayangi. Jaga hati kalian, bersih hati kalian. Kerana memang payah nak jaga hati. Kerana hati suka berubah-ubah. Buat kebaikan cepat2 kalian lupakan. Buat keburukan cepat2 kalian taubat. Selalunya ianya terbalik. Belajarlah betul kan yang terbalik itu. Kalau Allah hetong harta tentu lah orang kaya yang untung. Kalau Allah hetong amalan sudah tentu para abit yang untung, kalau Allah kira Pangkat tentulah Agong Presiden dan Perdana menteri yang untung. kalau Allah hetong Kecantikan sudah tentu Ratu cantik yang untung. Kalau Allah hetong harta sudah pasti Josh Soros yang untung……kalau……jika…..kalau……jika…… Allah tengok iman dan amal ditimbang dengan Ikhlas.

Danial (Abang), Sakinah (Kinah), Hanisah (Kinis), Hanapi (Matciput), jaga niat kalian. Betul niat kalian. Doa banyak2. Supaya kalian mati dalam Islam semua manusia mati dalam Islam. Walaupun mereka tidak dilahirkan dalam islam seperti kita. Sedih, sedih……… siapa yang tidak mati dalam islam azabnya kekal sampai bila2.

Maaf kan ayah kerana melukai hati kalian,
Maaf kan ayah kerana tidak pandai mendidik kalian
Maaf kan ayah kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian
Maaf kan ayah kerana tidak pandai menyamaratakan antara kalian
Maaf kan ayah kerana selalu menyusahkan kalian
Maaf.......maaf.....maaf.....

Terima kasih anak-anak ayah yang ayah sayang di atas segalanya


Hingga ketemu lagi........

No comments:

Post a Comment